Misi Bantuan Banjir Parlimen Tumpat Ke Selangor – Operasi Jentera Berat

MISI BANTUAN BANJIR PARLIMEN TUMPAT KE SELANGOR-OPERASI JENTERA BERAT

.

+ Pasukan misi kali ini dengan kekuatan

– 3 backhoe-case diangkut dengan trailer low loader
– 10 lori tipper
– 1 lori bonded membawa bekalan logistik
– 5 Hilux petugas
– Pelbagai kenderaan 4×4 dan kereta persendirian

.

+ Yang menariknya misi kali ini

– Penglibatan pelbagai Agensi Kerajaan Pusat Dan Agensi Negeri Kelantan
– Penyumbang-penyumbang ikhlas dari rakyat Parlimen Tumpat
– Penglibatan lebih 150 orang relawan dan petugas
– Tempoh misi bantuan 28 hingga 30 Disember 2021

.

Program diinspirasikan oleh keperluan dan kehendak penduduk setempat di Selangor yang telah hampir 70% selesai membersihkan rumah masing-masing.

.

TETAPI timbunan bahan buangan sisa pepejal yang diselaputi lumpur dan sampah di jalanan tidak mampu menggunakan kederat tulang empat kerat kerana terlalu berat dan bersaiz besar.

.

Jentera backhoe-Case 580L akan membolehkan sisa pepejal dialihkan dan dimasukkan ke dalam lori tipper dan dibuang di tempat pembuangan yang ditetapkan.

.

**Kredit kepada Persatuan Lori Tipper Kelantan dan ahli-ahlinya
**Kredit kepada Tukang Mart – Hardware Shop bumiputera tersohor di Parlimen Tumpat
**Kredit kepada semua yang mendoakan dan menjayakan Misi Bantuan Banjir Parlimen Tumpat-Operasi Jentera Berat ke Selangor

#dcl #ybCheLah #abeD5Tumpat #banjir #banjir2021

Leave a Comment

Your email address will not be published.