Pandangan Ulama Berkaitan Fitnah

Sumber Asal / Kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

.

+ Syeikh Azhar Dr. Sheikh Ahmad Tayyib Hafizahullah berkata: “Fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam telah melahirkan golongan yang berfahaman keras dan melahirkan gejala kafir-mengkafirkan antara umat Islam dan terrorisme”.

+ Sheikh Dr. Yusof al-Qaradhawi Hafizahullah berkata: “Para Sahabat akan melarikan diri jika terzahirnya fitnah pada sesuatu tempat seperti yang dilakukan oleh Abu Darda’ R.A”.

+ Sheikh Saad bin Turki al-Khaslan Hafizahullah berkata: “Hendaklah umat Islam mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada kejahatan dan menjauhinya seperti mana kita dikehendaki untuk mengetahui jalan-jalan yang membawa kepada kebaikan. Kejahilan terhadap perkara ini akan membawa kepada berlakunya kejahatan, seterusnya akan berlaku fitnah dalam keadaan dia tidak menyedarinya”.

+ Sheikh Abdul ‘Aziz bin Baz Rahimahullah berkata: “Fitnah terjadi disebabkan syubhat dan syahwat, berapa banyak fitnah yang terjadi pada kebanyakan manusia disebabkan oleh syubhat-syubhat yang tiada padanya asas seperti mana yang telah menimpa kumpulan-kumpulan sesat seperti Jahmiyyah, Muktazilah, Syiah dan Murji’ah dan jalan untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai jenis fitnah adalah dengan berpegang teguh dengan al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.

Sumber Asal:

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3483-bayan-linnas-siri-ke-182

Leave a Comment

Your email address will not be published.