Tidak Masuk Syurga Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Sumber Asal / Kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

.

Dalam masyarakat Melayu perkataan fitnah memberi makna yang lebih spesifik. Ia hanya merujuk kepada sebarang tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang atau sesuatu pihak yang membawa kepada porak-peranda. [Lihat: Kamus Dewan Edisi Keempat] Berdasarkan takrifan ini, hukum fitnah jelas haram dan ditegah. Ini kerana perbuatan fitnah dikecam dengan keras oleh Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Imam Nawawi berkata: Dalam riwayat yang lain disebut dengan kalimah ‘قتات’. Ia juga memberi makna pemfitnah. Maksud nammam seperti kata ulama’ ialah memindahkan cakap manusia atau orang ramai dari seseorang kepada seseorang untuk merosakkan hubungan mereka. al-Imam Abu Hamid al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam Ihya’nya: Ketahuilah bahawa sifat fitnah diitlaqkan pada kebanyakannya terhadap orang yang memindahkan kenyataan orang lain kepada orang lain sepertimana dia berkata, ‘si fulan berkata dan mengata kepada kamu begian begian’. (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 2/112)

Kami katakan, termasuklah juga dengan cara tulisan yang disebarkan seperti dalam media massa dan lain-lain.

Sumber Asal:

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3483-bayan-linnas-siri-ke-182

Leave a Comment

Your email address will not be published.